Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 March 2018 12:04

AKUJANJI IKRAR BEBAS RASUAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 11 MAC 2018 –Kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) di sini ikrar bebas rasuah dan salah guna kedudukan dengan terkini bersama Unit Integriti dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac 2018 jam 3.00 petang di Dewan Dato Maharajalela.

Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang, Mohamad Hussain berkata, Surat edaran Naib Canselor turut dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan, pusat, unit, fakulti dan kampus universiti tersebut mengenai arahan untuk memaklumkan kepada pembekal barangan atau perkhidmatan jika terdapat staf yang cuba untuk mendapatkan suapan supaya dimaklumkan pada peringkat Unit Integriti SPRM.

"Ikrar ini merupakan bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah awal untuk mencegah kebarangkalian berlakunya rasuah dalam universiti. Ia akan menjadi peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah serta sebagai jaminan pemimpin organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah, katanya dalam taklimat Memerangi Rasuah Dalam Organisasi pada program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Dato Maharajalela, baru-baru ini.

Beliau berkata, IBR merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Ketua Pensuruhjaya SPRM iaitu Datuk Dzulkifli Ahmad yang memberikan penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

Seramai 61 kakitangan secara sukarela hadir ke program IBR tersebut bagi mempamerkan sokongan masing-masing.

Hadir sama selaku perasmi ialah Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Perak En. Ahmad Shukri Bin Mohamad Taib.

Read 4703 times
 
Find us on Facebook
Follow Us