Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 26 March 2018 12:11

PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR SEMESTA 2 JURUSAN MULTIMEDIA PENGARANGAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 22 MAC 2018 – Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia di bawah Jurusan Multimedia Pengarangan telah mengadakan persembahan pembentangan projek akhir pelajar semesta 2 pada 21 Mac 2018 jam 09.00 pagi di Bilik Studio. Pameran pada kali ini agak berlainan cara pembentangannya berbanding tahun-tahun yang lepas kerana pada kali ini setiap kumpulan diberikan pilihan tajuk masing-masing mengikut tema dan jalan cerita jelas semasa pembentangan di hadapan panel-panel yang dilantik.

Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar secara lebih meluas lagi tentang idea dan konsep daripada ahli kumpulan projek yang lain disamping membantu mereka supaya lebih yakin dan berani untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh panel-panel yang terlibat.

Turut hadir sama semasa sesi pembentangan ini dijalankan En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan diiringi oleh En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor, Ketua Cawangan Pengurusan Kualiti serta pegawai dan pelajar. Panel-panel jemputan dari UITM Seri Iskandar dalam Bidang Multimedia.

Projek pelajar pada kali ini bertemakan bebas yang mana setiap kumpulan dikehendaki mencipta atau membina satu projek secara kreatif dan inovatif. Objektif utama projek ini diamanahkan kepada setiap kumpulan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan kemahiran para pelajar yang diperolehi sepanjang belajar. Sebanyak empat(4) kumpulan pelajar yang terlibat dalam sesi pembentangan. Antara projek pelajar yang menarik perhatian ramai ialah Jom Santai, Panorama IKBNSI, Jom Terjah dan Jom Ke Pulai Pangkor.

Sepanjang pameran ini berlangsung, projek pelajar telah dinilai oleh panel-panel yang terdiri daripada panel luar. Panel-panel luar dijemput khas dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Seri Iskandar. Ianya bertujuan untuk menilai dan mengetahui setakat mana ilmu, kebolehan dan kreativiti pelajar ini sendiri dalam menghasilkan produk-produk yang berkualiti setanding dengan IPTA yang lain

Read 5084 times
 
Find us on Facebook
Follow Us