Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 04 February 2018 20:10

TAKLIMAT PROMOSI PENGAMBILAN DAN PAMERAN SEMPENA HARI KERJAYA DI KEM-KEM PLKN

Written by
Rate this item
(0 votes)

NEGERI SEMBILAN, 4 FEBRUARI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah terlibat dalam membuat Taklimat Promosi Pengambilan dan Pameran yang berlangsung di Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson dan Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih PLKN tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas tamat latihan. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Khaleeda bt Khazizan dan Cik Priya Darshini A/P Balasubramaniam telah membuka ‘booth’ pameran.

Melalui pameran yang diadakan, para pelatih dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta boring kemasukan untuk pengambilan Januari 2018 turut disediakan. Selain itu, para pelatih dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelatih untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelatih yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

4

Read 5678 times
 
Find us on Facebook
Follow Us