Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 10 February 2018 13:28

PROMOSI IKTBN CHEMBONG SEMPENA PROGRAM KINDNESS DAY KAYUHAN SIHAT& FREE MARKET

Written by
Rate this item
(0 votes)

SENAWANG, 10 FEBRUARI 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Kindness Day Kayuhan Sihat dan Free Market hari ini.

Program ini adalah kerjasama antara PIBG SMK Senawang, PDRM dan Dun Paroi. Program ini dirasmikan oleh YB Tn Khairy Jamaludin bin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan. Seawal jam 9.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri dan Encik Rohizad Bin Abd Rahman telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, para pengunjung dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

Read 5767 times