Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 February 2018 02:31

PROMOSI IKTBN CHEMBONG SEMPENA PROGRAM FITMALAYSIA PORT DICKSON

Written by
Rate this item
(0 votes)

PORT DICKSON, 11 FEBRUARI 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program FitMalaysia Prot Dickson hari ini.

Program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan melibatkan larian sejauh 10 kilometer bermula kira-kira pukul 10 pagi. Program ini dirasmikan oleh YB Tn Khairy Jamaludin bin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan yang juga turut sama melakukan senamrobik semasa hadir merasmikan program itu. Seawal jam 9.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 2 orang pegawai dan seorang pelajar IKTBN Chembong telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, para pengunjung dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

Read 5872 times