Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 30 April 2018 16:25

PENUTUP PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KUALA LANGAT MERIAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

PELABUHAN KLANG , 30 APRIL 2018 - Institut Kemahiran belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) telah mengadakan Penutupan Program IMPAK ILKBS @ Komuniti di Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam pada 26-28 April 2018 yang lalu di sini .  

Program yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Lokman Hakim Bin Ali , Ketua Setiausaha , Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tersebut berjalan lancar dan sangat meriah. Beliau sendiri telah memilih Akademi Tahfiz Mandarin tersebut untuk dijadikan tempat penutupan Program IMPAK ILKBS @ Komuniti yang mana program tersebut telah dilaksanakan oleh seramai 30 orang pelajar dan 25 orang pegawai IKBN Kuala Langat dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor .

Turut hadir ke program tersebut ialah Datin Wan Razanawani Binti Wan Zakaria , Pengerusi Puspanita Cawangan KBS , YBrs. Puan Ramona Binti Mohd Razali ,YBrs Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof , Ketua Pengarah , Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia serta Mohd Nor Bin Md Said , Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor . 

Antara pengisian program tersebut adalah menanam pokok , menyiapkan rak kasut dan meja penceramah , mengecat dan membaiki kerosakan yang terdapat di Balai Islam Pulau Ketam , menyiapkan papan tanda dan papan kenyataan di Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam , menyiapkan rostrum dan membersihkan Dewan JKKK Pulau Ketam , membaiki paip di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam .     

Berita oleh: Unit Berita Portal  

(IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Read 5350 times Last modified on Isnin, 30 April 2018 16:25
 
Find us on Facebook
Follow Us