Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 13 April 2018 08:52

PENYERTAAN PASUKAN INOVASI KE PERTANDINGAN INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION 2018 (I-ENVEX 2018) DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, PAUH PUTRA, PERLIS

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 13 APRIL 2018 - Pasukan Reka Cipta dan Inovasi Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menyertai dalam Pertandingan International Engineering Invention and Innovation (i-envex) 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pauh Putra, Perlis pada 13-14 April 2018.

IKBN Seri Iskandar telah menghantar tiga ( 3 ) pasukan Inovasi yang disertai 3 jurusan iaitu Jurusan Multimedia Pengarangan di mana membawa Projek Jom Belajar ABCD, Jurusan Elektrik membawa Projek Mini Refrigerator dan Jurusan Elektronik Industri membawa Projek Heat2electro.

Sesi taklimat telah diadakan di ruang lobi pentadbiran kerpada pasukan ini yang dihadiri oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama para pegawai pengiring pasukan serta pelajar. Tujuan sesi ini diadakan adalah memberi kata-kata perangsang dan amanat beliau kepada pasukan inovasi ini ke pertandingan tersebut.

Diharapkan Pasukan Inovasi IKBN Seri Iskandar ini membawa pulang pingat bagi setiap kategori yang disertai dan pendedahan kepada para pelajar untuk lebih giat mencipta Inovasi Dan Reka Cipta yang berkualiti dan bermutu.

Read 4561 times
 
Find us on Facebook
Follow Us