Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 27 April 2018 08:54

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN APRIL 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 27 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan April 2018 pada 27 April 2018 jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan di bawah kelolaan Pn. Sharimah Binti Ahmad.

Turut hadir di majlis ini En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Khairul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan kakitangan serta pelajar memenuhi ruang dewan.

Dalam ucapan beliau meminta par pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam mematuhi peraturan institut terutama pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dalam ke arah penjimatan. Selain itu, beliau juga mengharapkan pelajar sentiasa mengambil peluang dan memanfaatkan dari masa ke semasa dalam sesi pembelajaran berlangsung. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang banyak akan dapat meningkat kemahiran yang diceburi.

Bagi penganugerahan pekerja terbaik bulanan telah diperolehi oleh En. Abu Yazid Bin Mustaffa, Penolong Pegawai Latihan Vokasional – DV30 dan Pn. Noorhayati Binti Sepawi, Pembantu Akauntan – W22 kerana telah memberi prestasi yang cemerlang.

Penyampaian sijil dan pingat ke atas penyertaan dalam Pertandingan Combat Robot Challenge Sempena Karnival TVET Malaysia 2018 Zon Timur Kuantan, Pahang pada 13-15 April 2018 dan berjaya ke peringkat suku akhir. Pasukan ini diketuai oleh En. Mohmad Khairi Bin Abdul Rahman bersama pelajar Jurusan Elektronik Industri.

Dalam Pertandingan International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-INVEX) 2018 di mana telah pasukan ini telah memenangi pingat Double Gold Award dalam projek Heat2Electro pada 13-15 April 2018 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh En. Khairul Anuar Bin Hashim.

Dalam pertandingan International, Invention And Articulation (i-IDeA 2018) pada 24-25 April 2018 di Universiti Teknologi Mara Perlis pasukan IKBN Seri Iskandar telah menghantar tiga (3) kumpulan di mana telah memperolehi pingat iaitu Projek Fly Trapper Version 3 (FT3) diketuai oleh En. Sappa Bin Sampe memperolehi pingat Emas manakala Projek Rechargeable Grass Cutter (RGC) memperolehi pingat perak. Bagi Projek Smart DB yang diketuai oleh En. Mohd Faize Bin Masstapar memperolehi pingat gangsa.

Diakhir majlis sesi taklimat Khas Program MAKSAK (MEDIC CARE) telah diadakan di mana taklimat telah disampaikan oleh Pn. Nolia Bin Abu Bakar.

Read 4164 times
 
Find us on Facebook
Follow Us