Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 21 April 2018 09:57

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 2018 TAMAN ISKANDAR PERDANA DAN IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 21 APRIL 2018 - Program Impak ILKBS@Komuniti adalah merupakan satu kongsep di mana penyumbangan balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada masyarakat awam / setempat yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil terhadap kemudahan fizikal awam dan menawarkan perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran ILKBS.

Majlis Penutupan Program Impak ILKBS@Komuniti 2018 Taman Iskandar Perdana Dan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 21 April 2018 jam 2.30 petang di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir di majlis ini YBrs. Dr. Hjh Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Program Impak ILKBS@Komuniti 2018 . Beliau diiringi oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. A Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para kakitangan pelajar, tetamu undangan dan pelajar memenuhi ruangan dewan.

Pada sebelah paginya, beliau melawat Masjid AS-Siddiq Taman Iskandar Perdana bagi program gotong-royong oleh para kakitangan dan pelajar IKBN Seri Iskandar pada jam 10.30 pagi. Kehadiran beliau disambut oleh En. Md.Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pelajar.

Pelbagai program telah dirancang dan diatur oleh pihak penganjur di antaranya pameran dari agensi kerajaan Daerah Perak Tengah seperti Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Anti Dadah Kebangsaan, gerai jualan, pameran bengkel oleh Jabatan Teknologi Maklumat, Bengkel “Easy Math”,”Let’s Fun In English”, Bengkel Fotografi, Demonstrasi Robot, persembahan kumpulan Buckers IKBN Seri Iskandar dan gimik perasmian.

Read 4452 times
 
Find us on Facebook
Follow Us