Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 14 February 2018 07:02

PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN ANTARA KLKM IKTBN CHEMBONG DAN PASUKAN PENGAKAP KELANA (A) SEREMBAN TIMUR

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SENAWANG, 13 FEBRUARI 2018 Satu perlawanan persahabatan futsal telah diadakan antara KLKM IKTBN Chembong dan Pasukan Pengakap Kelana (A) Seremban Timur di All Star@ Senawang.

Pusingan pertama Pasukan Kelana Lelaki berjaya mengalahkan pihak lawan dengan keputusan 3 berbalas 2. Manakala Pasukan Kelana Wanita juga berjaya menumpaskan Pasukan Pengakap Kelana (A) Seremban Timur dengan keputusan 3 berbalas 2. Pasukan Pemimpin IKTBN Chembong pula berjaya seri dengan Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur. Seterusnya, keputusan untuk pusingan kedua pula berkesudahan dengan Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur berjaya mengalahkan Pasukan Kelana Lelaki dengan keputusan 4-0. Manakala Pasukan Kelana Wanita berjaya menumpaskan Pasukan Pengakap Kelana (A) Seremban Timur dengan keputusan 3 berbalas 2.

Pasukan Pemimpin IKTBN Chembong pula berjaya membelasah Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur dengan keputusan 7 berbalas 3. Setelah dikira jaringan gol, keputusan memihak kepada KLKM IKTBN Chembong dengan 19 gol dan Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur sebanyak 17 gol. Tahniah diucapkan kepada pasukan KLKM IKTBN Chembong atas kejayaan yang diperolehi.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

2

 

3

 

4

 

5

Read 5592 times
 
Find us on Facebook
Follow Us