Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 May 2018 08:43

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK WARGA IKBN KUALA PERLIS 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

gmbpengurusan jenazah

2 MEI 2018 - IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan kursus pengurusan jenazah yang diadakan di Surau An-Nur. Kursus yang berjalan selama sehari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan warga IKBN Kuala Perlis. Seramai 45 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar dan pegawai terlibat di dalam kursus ini. Turut menyertai kursus pengurusan jenazah ini adalah Timb. Pengarah hal ehwal pelajar Mohd Khairan Bin Haji Azhar, ketua-ketua bahagian serta pegawai-pegawai dari wakil setiap bahagian.

Tiga orang penceramah dari jabatan mufti telah hadir memberikan taklimat berkaitan pengurusan jenazah dan telah menunjukkan latihan amali untuk memandikan, mengkafan, sembahyang dan cara mengebumikan jenazah. Di samping itu, penceramah turut memberi peluang kepada peserta kursus untuk menanyakan soalan. Pelbagai input-input yang bermanfaat yang telah diperoleh dari setiap peserta. Antara objektif program ini adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengurusan jenazah di kalangan setiap peserta serta menjadikan ilmu yang berguna ini untuk masa hadapan. Para peserta kursus mengharapkan agar lebih banyak lagi diadakan kursus-kursus seperti ini di masa hadapan.

Read 741 times
 
Find us on Facebook
Follow Us