Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 May 2018 08:46

PERTANDINGAN SENAM SIHAT SEMPEN KARNIVAL KECERGASAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

senamsihat

Beseri 15 Mei 2018, IKBN Kuala Perlis telah menyertai pertandingan Senam Sihat sempena Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Perlis 2018 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis baru-baru ini. Pertandingan tersebut diadakan pada 12 - 13 Mei 2018 bertempat di Dewan Sri Melati, Beseri terdiri dari peryertaan dari pelajar sekolah, belia-belia dan masyarakat setempat.

Terdapat 2 pertandingan telah dilaksanakan pada pertandingan tersebut antaranya ialah senam sihat dan lompat tali. IKBN Kuala Perlis menghantar 3 pasukan untuk menyertai pertandingan senam sihat tersebut terdiri 17 pelajar termasuk tiga pegawai penyelaras. Satu pasukan IKBN Kuala perlis telah memenangi tempat kedua bagi ketegori terbuka turut terpilih untuk beraksi di peringkat kebangsaan mewakili Negeri Perlis.

Diharap melalui Program seperti ini dapat membantu pelajar menceburi dalam bidang kecergasan dan kesihatan. Disamping itu mereka adalah aset yang penting dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan, justeru tahap kesihatan yang baik dalam kalangan peserta dapat meningkatkan pencapaian kecemerlangan mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Read 775 times
 
Find us on Facebook
Follow Us