Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 May 2018 12:40

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN MEI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan MEI 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum (JPU) kelolaan En.Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Turut hadir di majlis ini, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Ketua Cawangan Pengurusan Kualiti, En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A. Raman Bin Musbah dan kakitanagn serta pelajar memenuhi ruang dewan.

Dalam ucapan beliau meminta para pelajar memberi komitmen dan kerjasama dalam mematuhi peraturan institut terutama pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dalam ke arah penjimatan. Selain itu, beliau juga mengharapkan pelajar sentiasa mengambil peluang dan memanfaatkan masa semasa dalam sesi pembelajaran berlangsung. Ini adalah kerana ilmu pengetahuan yang banyak akan dapat meningkat kemahiran yang diceburi.

Bagi penganugerahan pekerja terbaik bulanan di bawah kategori Kumpulan Sokongan Dan Pelaksana telah diperolehi oleh En. Sappa bin Sampe,  Pembantu Pegawai Latihan Vokasional – DV22 dan Pn. Azura Binti Sejali, Pembantu Tadbir – N19 kerana telah memberi prestasi yang cemerlang.

Read 4326 times
 
Find us on Facebook
Follow Us