Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 May 2018 12:41

SAMBUTAN HARI GURU 2018 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2017 di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum. Sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela.

Semua pelajar dan pengajar telah berkumpul di Dewan pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri. Diteruskan dengan ucapan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar sekaligus merasmikan majlis sambutan Hari Guru dengan membuka kotak beracun sebagai gimik perasmian yang diiringi oleh En.Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor, Ketua Cawangan Pengurusan Kualiti bersama En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan persembahan daripada para pelajar mengikut jurusan masing-masing.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara memotong kek sempena Hari Guru 2018 yang diketuai oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim bersama para pengajar sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik di institut ini.

Read 4809 times
 
Find us on Facebook
Follow Us