Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 May 2018 12:43

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR PERAK BAGI TAHUN 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 Mei 2018 – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat IKBN seri Iskandar telah diadakan pada 16 Mei 2018 jam 08.00 pagi bertempat di Padang Kawad. Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama kakitangan dan para pelajar. Majlis Sambutan Hari Belia Negara ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Umum di bawah kelolaan En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Majlis dirasmikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar dan gimik pelancaran dengan penyerahan sebiji bola sepak kepada Biro Sukan, Majlis Perwakilan Pelajar yang ditandatangani oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar. Majlis disusuli dengan program senam aerobik pada sebelah pagi oleh jurulatih jemputan luar.

Pada sebelah petang program disambung dengan Karnival sukan 2018 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar yang melibatkan semua kakitangan dan para pelajar. Majlis berakhir pada jam 05.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap acara sukan yang dipertandingkan.

Read 5138 times
 
Find us on Facebook
Follow Us