Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 09 March 2018 01:19

PERJUMPAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 8 MAC 2018 Perjumpaan kali pertama Encik Johari Mohamad Tahar, Pengarah IKTBN Chembong bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Chembong. Agenda perbincangan melibatkan aktiviti dan program, kebajikan pelajar dan tanggungjawab MPP dalan pengurusan Institut serta Penyerahan Watikah Perlantikan MPP Sesi 2018/2019.

Antara intipati pertemuan adalah perbincangan mengenai keseluruhan aktiviti dan program di bawah kelolaan MPP. Tarikh bagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan akan diselaraskan dengan kalendar IKTBN Chembong bagi mengelakkan pertembungan dengan aktiviti lain. Pengarah turut menggalakkan MPP terlibat bersama dalam pengurusan IKTBN Chembong dalam menangani masalah-masalah dan hal-hal berkaitan pelajar demi memajukan institut.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

28685613 1758068537621384 7470591141033203340 n

28685971 1758068594288045 5343819055822922907 n

28685513 1758068684288036 548691629778406544 n


28872645 1758068637621374 8631580493542076279 n

 

 

 

Read 4784 times Last modified on Khamis, 24 May 2018 15:38
 
Find us on Facebook
Follow Us