Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 11 March 2018 03:41

PROMOSI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN HIMPUNAN JENTERA PEMUDA DAN PUTERI BARISAN NASIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

PAGOH, 10 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan sempena Majlis Perasmian Himpunan Jentera Pemuda & Puteri Barisan Nasional Peringkat Kebangsaan hari ini di Padang IKTBN Pagoh.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Majlis Perasmian Himpunan Jentera Pemuda dan Pemudi BN Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN). Kira-kira 20,000 golongan pemuda dan pemudi dari seluruh negeri membanjiri padang IKTBN Pagoh bagi menyaksikan pelancaran tersebut.

Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

29026459 1760480994046805 6678160289584199438 n

28958300 1760480944046810 7326517177843685641 n

29063522 1760480887380149 8771671450217069789 n

29027428 1760481050713466 4908046391973411047 n

Read 4949 times Last modified on Khamis, 24 May 2018 15:55
 
Find us on Facebook
Follow Us