Print this page
Khamis, 15 March 2018 04:12

KURSUS PEROLEHAN SECARA PEMBELIAN TERUS DAN SEBUTHARGA A DAN B

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 13 MAC 2018 Satu Kursus Perolehan Secara Pembelian Terus dan Sebutharga A dan B telah diadakan di Perpustakaan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pegawai pentadbiran di IKTBN Chembong telah terlibat dalam pengajuran kursus ini. Sesi kursus telah disampaikan oleh pegawai daripada Bahagian Akaun KBS, En Mohamad Nor Bin Osni Anuar. Taklimat ini telah berjaya mencapai matlamat dalam memberi pendedahan tentang perolehan kepada semua peserta.

Antara objektif utama kursus ialah :

i) Mengetahui proses dan aktiviti yang terlibat dalam tatacara perolehan Kerajaan;
ii) Mengemas kini maklumat mengenai dasar dan peraturan terkini Kerajaan berkaitan pengurusan perolehan dalam usaha mengurangkan teguran audit; dan
iii) Menguruskan perolehan dengan betul dari segi akauntabiliti awam dan nilai faedah terbaik (best value for money).

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

Read 6295 times Last modified on Khamis, 24 May 2018 16:21