Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 15 March 2018 04:28

PROMOSI SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN DAN HARI KANTIN SMK DATO' ABDUL SAMAD 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

TANJUNG IPOH, 14 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan sempena Karnival Pendidikan dan Hari Kantin SMK Dato' Abdul Samad 2018.

Karnival tersebut telah dirasmikan oleh Pn Ain Arjuna Binti Aziz Zaman, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan.

Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

29177863 1765442546883983 1932610819335973933 n29178111 1765442433550661 8136276803277494445 n29186913 1765442646883973 963381819242922091 n29244768 1765442580217313 1679527155015793768 n29249598 1765442363550668 4561096417723336518 n

Read 5437 times Last modified on Khamis, 24 May 2018 16:37
 
Find us on Facebook
Follow Us