Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 16 March 2018 07:14

PROMOSI PENGAMBILAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEDAS

Written by
Rate this item
(0 votes)

PEDAS, 15 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas sempena Keputusan SPM 2017.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

Read 4622 times Last modified on Jumaat, 25 May 2018 10:00
 
Find us on Facebook
Follow Us