Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 16 March 2018 06:39

KURSUS INDUKSI SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 15 MAC 2018 – Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) 2017 yang bertempat di Dewan Perdana Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Seramai 120 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar ILKBS seluruh Malaysia dan wakil industri telah mrnghadiri kursus ini.

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras, coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Antara tujuan kurusus ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan secara komprehensif kepada para peserta mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus untuk coach dan kursus untuk pengajar pusat bertauliah.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29314373 1767045390057032 5105359092891537552 n29258660 1767045326723705 6863171932043603306 n29249943 1767045356723702 1784618984343223079 n29214205 1767045433390361 3410880598688197584 n

 

 

Read 5628 times Last modified on Jumaat, 25 May 2018 09:53
 
Find us on Facebook
Follow Us