Satu perbincangan antara pihak SWM dan IKTBN Chembong turut diadakan di Bilik Mesyuarat Bengkel Penyelenggaraan Jentera Berat, IKTBN Chembong. Perbincangan ini adalah berkisar tentang peluang kerjasama antara dua pihak. Antara bidang kursus yang menarik minat pengurusan SWM ialah Teknologi Kenderaan Perdagangan, Teknologi Jentera Berat dan Teknologi Pengetukan Panel Semburan Cat.
Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan pihak Hitachi di masa akan datang.
Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong