Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 26 March 2018 05:48

PROMOSI PENGAMBILAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA ZON NEGERI SEMBILAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

NILAI, 25 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Politeknik Nilai sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara @ Karnival Jom Masuk U 2018..

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29511712 1777787372316167 8306453761873835862 n

 

29541905 1777787208982850 5774180578542421859 n

 

29542002 1777787162316188 2262468550773104430 n

 

29543185 1777787428982828 4527393851066294634 n

 

29597706 1777787292316175 5224083595878924137 n

Read 4635 times Last modified on Rabu, 30 May 2018 09:53
 
Find us on Facebook
Follow Us