Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 29 March 2018 01:45

PROMOSI PENGAMBILAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA DAERAH REMBAU 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

REMBAU, 28 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Dewan Agora Rembau sempena Karnival Pendidikan & Kerjaya Daerah Rembau 2018..

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Program anjuran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29694951 1781511985277039 3671050930323958962 n

29683897 1781512195277018 6547505474070982889 n

Read 5514 times Last modified on Rabu, 30 May 2018 09:53
 
Find us on Facebook
Follow Us