Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 29 March 2018 02:08

PROMOSI PENGAMBILAN DI PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

REMBAU, 28 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Dewan Biduanda UITM Kampus Rembau sempena Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 29595349 1789582884469949 8107802525632535654 n29683502 1789244537837117 8207910822533911782 n29694872 1789582694469968 1570293229851804653 n

Read 5656 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 11:20
 
Find us on Facebook
Follow Us