Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 05 April 2018 02:28

LAWATAN SMK SERI AMPANGAN KE IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 4 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Seri Ampangan pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 40 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Para guru dan pelajar telah diberikan taklimat oleh pegawai dari IKTBN Chembong, En Affendy Zabkha Mohamad Zain. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif dan Awam.

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Dengan adanya lawatan sebegini, ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta selain dapat membina keakraban dan mengeratkan silaturrahim. Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan SMK Seri Ampangan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29598389 1789587164469521 8226639513983304357 n29792611 1789587257802845 3223928238623956504 n 

Read 5192 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 08:46
 
Find us on Facebook
Follow Us