Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 06 April 2018 02:21

LAWATAN MUHIBAH ADTEC MELAKA KE IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 5 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan Muhibah daripada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 30 orang pelajar diploma dan 3 orang guru pengiring. Para guru dan pelajar telah diberikan taklimat oleh pegawai dari IKTBN Chembong, En Shah Rizal Bin RUslan. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif dan Awam.

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Dengan adanya lawatan sebegini, ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta selain dapat membina keakraban dan mengeratkan silaturrahim. Di samping tiu, turut diadakan sesi dialog bersama pelajar Diploma Automotif IKTBNCB serta sukan persahabatan iaitu Sepak Takraw, Futsal dan Tarik Tali.

Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan SMK Seri Ampangan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29790361 1790781024350135 1987425959039436237 n29791640 1790778964350341 5360301229617725249 n30123939 1790782181016686 7950645578031567305 n30127542 1790782044350033 8843462806656293529 n30127813 1790778597683711 7927076887514620812 n30222008 1790781484350089 3546832253363382690 n

Read 5998 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 11:29