Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 11 April 2018 01:34

LAWATAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT KE IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 10 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan daripada Institut Kejuruteraan Tentera Darat pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 35 orang pegawai dan pelatih bagi melihat dan memahami tentang prosedur pembaikan dan penyelenggaraan jentera. Pelatih yang terlibat di dalam lawatan ini merupakan anggota-anggota tentera dari Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja yang bakal bertanggungjawab dalam merancang pengoperasian dan penyelenggaraan jentera loji. Ketibaan delegasi disambut  pegawai IKTBN Chembong dan seterusnya diberi taklimat oleh En Affendy Zabkha Bin Mohamad Zain. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif dan Awam diiringi oleh Majlis pewakilan Pelajar (MPP) IKTBN Chembong.. 

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

30442788 1796101193818118 2765445598405573198 n30516009 1796101143818123 6125272360274465881 n30571205 1796101120484792 5156601641758197289 n30624138 1796101527151418 8819164667790104257 n

Read 5115 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 11:45
 
Find us on Facebook
Follow Us