Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 14 April 2018 01:58

TEMUDUGA TERBUKA SUNWAY HEAVY MACHINERY

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 13 APRIL 2018  Syarikat Sunway Heavy Machinery Sdn Bhd telah mengadakan taklimat kerjaya dan temuduga pada hari ini.

Taklimat yang diadakan di di Bengkel Teknologi Jentera Berat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan dan penempatan Latihan Industri. Seramai 30 orang pelajar semester akhir telah menghadiri temuduga tersebut. Melalui temuduga ini, pihak industri dapat mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut. Tambahan pula, Sunway telah menjalin kerjasama MoU dengan pihak KBS, maka para pelajar institut ini diberi keutamaan untuk mengisi jawatan tersebut.

Justeru itu, dengan adanya kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

30710824 1800519470042957 3856238468144950832 n30715570 1800519416709629 3614229609103370360 n30729457 1800519510042953 2463601613321753035 n

Read 5102 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 12:16
 
Find us on Facebook
Follow Us