Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 16 April 2018 01:10

PROMOSI PENGAMBILAN DI 3 KEM PLKN BINTANGOR, DE BANA DAN ULU PARI

Written by
Rate this item
(0 votes)

REMBAU, 15 APRIL 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di 3 kem PLKN iaitu Bintangor, De Bana dan Ulu Pari sempena Hari Kerjaya PLKN Seluruh Malaysia.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

30714404 1802279616533609 7201215713087206316 n30714678 1802280183200219 4516875748929635720 n

30714764 1802279696533601 3995294132853223012 n

30724841 1802280416533529 7050625731484510039 n

Read 5211 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 12:16
 
Find us on Facebook
Follow Us