Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 19 April 2018 00:17

LAWATAN KERJASAMA DAN TEMUDUGA TERBUKA CTRM AERO COMPOSITE SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 18 APRIL 2018  Syarikat CTRM Aero Composite Sdn Bhd telah mengadakan lawatan perbincangan kerjasama dan temuduga pada hari ini.

Taklimat yang diadakan di di Bengkel Teknologi Pengetuk Panel dan Semburan Cat (TPPSC) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan dan penempatan Latihan Industri. Seramai 30 orang pelajar semester akhir telah menghadiri temuduga tersebut. Melalui temuduga ini, pihak industri dapat mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut. Tambahan pula, CTRM telah menjalin kerjasama MoU dengan pihak KBS, maka para pelajar institut ini diberi keutamaan untuk mengisi jawatan tersebut.

 

Di samping itu, pihak CTRM juga berminat untuk mengadakan kerjasama dengan IKTBN Chembong walaupon telah menjalinkan MoU dengan IKBN Pekan. Justeru itu, dengan adanya kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

30707247 1805322332896004 5760004596866288325 n30713149 1805322349562669 8109656135384769960 n30715363 1805322496229321 4819679712256247191 n30740518 1805322342896003 7983745625841600087 n

Read 7100 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 12:24