Print this page
Khamis, 19 April 2018 01:25

PROMOSI PENGAMBILAN DI PROGRAM BELIA MAHIR

Written by
Rate this item
(0 votes)

PORT DICKSON, 18 APRIL 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth promosi dan pengambilan di Program Belia Mahir anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

30725626 1805766716184899 9073489854878852129 n30725655 1805767096184861 2238874089129887610 n30726665 1805766639518240 5902286708794930533 n30741280 1805766589518245 701985676339083117 n30742359 1805766616184909 3313201732103986006 n30743579 1805766762851561 1712362112575317669 n

Read 5478 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 12:30