Print this page
Isnin, 23 April 2018 17:45

PROMOSI PENGAMBILAN DI PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN, USAHAWAN DAN KERJAYA PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

JEMPOL, 22 APRIL 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth promosi dan pengambilan di Program Karnival Pendidikan, Usahawan Dan Kerjaya Peringkat Daerah Jempol Tahun 2018 di Kompleks Rakan Muda Jempol, Negeri Sembilan. Program tersebut dianjurkan oleh Kolej Komuniti Jempol bersama pejabat ADUN Serting.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

30715422 1810593979035506 3016421653873642420 n31102432 1810594122368825 6216327542457847782 n

Read 5507 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 13:50