Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 03 May 2018 01:28

PROGRAM PENGINDAHAN DAN LANDSKAP DI KAWASAN MADRASAH AL-MAKMUUN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEREMBAN,2 MEI 2018 Jabatan Awam Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai program khidmat masyarakat sempena Program Pengindahan dan Lanskap di kawasan Madrasah Al-Makmuun, Kg Sentosa Seremban pada hari ini.

Program ini merupakan kerja-kerja kemasyarakatan untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga IKTBN Chembong. Seramai 10 orang pelajar Lanskap Pembinaan IKTBN Chembong serta 5 orang staf telah terlibat dalam program ini.

Program pengindahan ini juga adalah persiapan bersempena Majlis Perasmian Madrasah Al-Makmuun, Impak ILKBS @ Komuniti dan Mycorps Malaysia 2018 yang akan diadakan pada 5 Mei 2018. Semoga dengan program sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga IKTBN Chembong serta komuniti.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

31712098 1820970567997847 6553473623808540672 n

 

31743481 1820970624664508 5306368773505155072 n

 

31749641 1820970527997851 3701099582411767808 n

Read 5482 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 16:13