Kelas diadakan dari jam 12.30 tengah hari sehingga 1.45 petang diikuti dengan solat Zohor secara berjemaah. Pihak pengurusan IKBNKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan Kelas Tadarus Al- Quran bersempena dengan bulan Ramadhan 1439H.