Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 May 2018 01:29

LAWATAN DAN TEMUDUGA PRIMA KEMBARA SDN.BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 15 MEI 2018 Syarikat Prima Kembara Sdn Bhd telah mengadakan lawatan dan temuduga pada hari ini.

Taklimat yang diadakan di di Bengkel Teknologi Jentera Berat (TIB) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan dan penempatan Latihan Industri. Seramai 30 orang pelajar semester akhir telah menghadiri temuduga tersebut. Melalui temuduga ini, pihak industri dapat mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

Di samping itu, pihak prima Kembara juga turut membuat lawatan di sekitar Bengkel TJB, IKTBN Chembong untuk meninjau cara kerja serta latihan yang diberikan kepada pelajar-pelajar IKTBN Chembong. Justeru itu, dengan adanya kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

32430282 1835265133235057 3868179702921297920 n

 

32541338 1835265169901720 1889727915944312832 n

 

32644947 1835265149901722 7892194374258262016 n

Read 7715 times