Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 17 May 2018 01:39

PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 16 MEI 2018 Jabatan Teknologi Automotif Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan satu taklimat yang bertajuk "Hybrid Technology : Market & Demand In Malaysia" pada hari ini.

Program yang bertempat di Bengkel Jentera Berat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan ringkas tentang peluang-peluang serta permintaan pasaran di Malaysia. Seramai 20 orang pegawai Automotif dari IKTBN Chembong serta IKTBN/ IKBN seluruh Malaysia menjadi peserta bengkel ini.

Dengan adanya program sebegini, diharap dapat memberi pengetahuan kepada pengajar serrta pelajar-pelajar di IKTBN Chembong. Pihak urusetia program juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak industri yang terlibat dalam program perkongsian ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

33246707 1844125715682332 8490577846526279680 n

 

33305595 1844125742348996 4742296493589790720 n

 

33360586 1844125735682330 3055869548931579904 n

Read 7128 times