Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 01 June 2018 02:09

Program Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 31 MEI 2018 Surau Jumaat Al-Falah dengan kerjasama Unit Bina Insan Bahagian Pengajian Islam IKTBN Chembong telah mengadakan Program Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah pada hari ini.

Program dimulakan seawal 8.00 pagi dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk melibatkan kesemua warga IKTBN Chembong bersempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Kesemua bubur lambuk itu kemudiannya diagihkan kepada semua warga IKTBN Chembong pada sebelah petang untuk juadah berbuka puasa. Pengagihan bubur lambuk telah diadakan pada pukul 4.00 petang.

Pada jam 5.00 petang, program Khatam Al-Quran oleh 30 orang pelajar telah diadakan. Majlis Khatam Al-Quran yang bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan pelajar –pelajar menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di institut. Majlis turut mengalu-alukan pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Fathurrahman. Majlis turut diserikan lagi dengan ucapan Perasmian oleh Pengarah IKTBN Chembong. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf,anak yatim dan Pusat Tahfiz. Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan berjaya mencapai objektif iaitu menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan khatam Al-Quran kepada pelajar dan menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.

Program ini diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Staf dan Keluarga, Pelajar IKTBN Chembong serta pelajar-pelajar pusat tahfiz. Dengan adanya program sebegini, ianya diharap dapat memupuk semangat cinta kepada Allah dan mengeratkan silaturrahim antara ummah.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

33964662 1851860794908824 2486182273586561024 n

 

33992629 1851860714908832 8036912309454503936 n

 

 

 

34102341 1851860694908834 3367336990939807744 n

 

34065430 1851860698242167 2120315905383596032 n

 

33985712 1851946411566929 98125236616036352 n

 

34031960 1851946301566940 1908994310305480704 n

Read 7804 times Last modified on Isnin, 04 June 2018 17:38