Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 07 May 2018 21:53

DIALOG USAHAWAN TN50

Written by
Rate this item
(0 votes)

CYBERJAYA, 7 MEI 2018 -  Seramai empat orang pelajar dari Jabatan Teknologi Pemesinan telah mewakili IKTBN Sepang dalam seminar Dialog Usahawan TN50 ini bagi mendepani isu, cabaran dan strategi melahirkan usahawan belia inovatif di mana dunia pada 5 Mei 2018.


Seminar telah di adakan di Malaysian Global Inovation and Creativity Centre, Cyberjaya. Antara pengisian dialog ini ialah :

1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai isu dan cabaran dalam penghasilan produck yang lebih inovatif dan kreatif oleh pengusaha dalam mendepani cabaran TN50 yang mendatang.
2. Berkongsi idea bersama para peserta dan juga ikon usahawan berkenaan pentingnya mengeluarkan produck yang inovatif dan kreatif.
3. Menghasilkan input untuk rujukan kepada pihak penggubal dasar dalam membuat perancangan strategik dalam memperkasakan usahawan belia ke peringkat antarabangsa.


Penceramah jemputan adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAGIC, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Semoga sesi dialog ini memberi seribu manafaat berguna kepada pelajar-pelajar IKTBN Sepang dalam meneraju cabaran dan Aspirasi melahirkan usahawan belia di mata dunia.

 

 

Laporan dari
Unit Promosi
IKTBN Sepang.

Read 5872 times Last modified on Isnin, 04 June 2018 12:00
 
Find us on Facebook
Follow Us