Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 04 June 2018 12:29

IKTBN SEPANG ANJUR MAJLIS IFTAR BERSAMA KETUA PENGARAH BPKB

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 4 JUN 2018Majlis Iftar bersama Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBrs. Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof dengan anak-anak asnaf Baitul Barokah telah diadakan pada 1 Jun 2018 bersamaan 16 Ramadhan 1439H yang lalu di IKTBN Sepang.

Seramai 40 orang anak-anak asnaf tersebut bukan sahaja diraikan dengan majlis iftar, mereka juga turut menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan cenderamata yang disampaikan oleh Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof.
Sempena penganjuran majlis tersebut juga, pelajar-pelajar melalui program Anugerah Remaja Perdana telah bergotong-royong memasak bubur lambuk utk majlis iftar dan edaran.

Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan kepada masyarakat sekitar. Program ini merupakan platform kepada para pelajar untuk mencungkil potensi diri dan melahirkan insan yang unggul dalam aspek pembinaan sahsiah dan jatidiri.

 

Read 6212 times Last modified on Isnin, 04 June 2018 12:34
 
Find us on Facebook
Follow Us