Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 08 June 2018 01:26

AUDIT ANUGERAH ILKBS TERBAIK 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 4 JUN 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan pasukan auditor yang telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membuat penilaian bagi pemilihan Anugerah ILKBS Terbaik 2017 (AIT2017). Pasukan auditor tersebut diketuai oleh En Syahrul Nizam Bin Pardan, Pengarah ILP Mersing dan dibantu oleh 3 pegawai lain dari pelbagai bahagian di KBS.

Penilaian ini dibuat bagi melihat pematuhan kriteria-kriteria di dalam aspek pelaksanaan latihan berdasarkan kurikulum, indeks transformasi, pentadbiran dan kewangan dan pengurusan pelajar. Penilaian dimulakan dengan taklimat pengenalan IKTBN Chembong dan seterusnya taklimat ringkas daripada Ketua Auditor. Kemudian, panel penilai membuat semakan pematuhan dokumen berdasarkan kurikulum, prosedur-prosedur dan pekeliling. Kumpulan auditor turut membuat lawatan ke bengkel-bengkel latihan, asrama, dewan makan, kemudahan sukan, perpustakaan bagi melihat sendiri pelaksanaan secara lebih dekat. Sesi Auditan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 4 Jun sehingga 5 Jun 2018.

Mesyuarat penutup bagi Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik telah dibuat pada jam 11.150 pagi pada hari  5Jun 2017 (Selasa). Pihak IKTBN Chembong mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik 2017 atas penilaian yang telah dilaksanakan. Kesimpulannya, semakan audit sebegini dapat memberi ruang dan peluang penambahbaikan kepada sistem sedia ada. Segala teguran telah diambil tindakan, sebagai langkah penambahbaikan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

34462037 1856548924440011 7876947687034060800 n

34564357 1856550324439871 4353691885622001664 n

Read 6203 times Last modified on Isnin, 15 October 2018 08:37
 
Find us on Facebook
Follow Us