Mesyuarat penutup tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Wakaf Tapai, En. Mohd Fauzi bin Haji Ariffin. Antara pegawai yang terlibat dalam sesi verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir sesi 1/2018 ialah En. Wan Hussin bin Wan Ahmad (KPL) dari IKBN Dusun Tua, En. Muhamad bin Ibrahim (PL) dari IKBN Seri Iskandar, En. Rosdi bin Hussin (PL) dari IKBN Pekan dan Pn. Nor Asmalena binti Mahmud (PL) dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS. Sesi mesyuarat diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada pegawai pemverifikasi.
Di sediakan Oleh:
Normasrina binti Abu Bakar
Ridaksi CPKK