Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 13 June 2018 01:27

PEPERIKSAAN AKHIR DAN LAWATAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) SESI 1/2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

lawppl118

Kuala Perlis, 8 Jun 2018 – Peperiksaan Akhir pelajar sesi 1/ 2018 telah pun dijalankan, di mana semua pelajar IKBN Kuala Perlis akan menghadapi peperiksaan mengikut semesta bermula 28 Mei 2018 sehingga 8 Jun 2018. Peperiksaan melibatkan peperiksaan Subjek Teknikal dan Subjek Umum Bina Insan. Juga turut berlangsung Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) untuk  pelaksanaan Sistem Penilaian Kendiri.

Pegawai Verifikasi PPL yang hadir adalah terdiri dari 2 orang pegawai dari IKBN Pekan dan seorang dari IKTBN Bachok. Peperiksaan Akhir ini di nilai berdasarkan penilaian kendiri berpandukan garis panduan yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Sistem Penilaian Kendiri. Lawatan Penilaian dan verifikasi telah dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang di selaraskan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Penilaian melibatkan verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir penilaian kertas peperiksaan teori dan peperiksaan amali pelajar.

Read 255 times
 
Find us on Facebook
Follow Us