Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 18 June 2018 15:03

MESYUARAT PENDAFTARAN PELAJAR & MINGGU PARADIGMA SESI JULAI 2018

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan satu mesyuarat Pendaftaran Pelajar dan Minggu Paradigma Sesi Julai 2018. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan dan membuat penyelarasan, Makluman Pelantikan Jawatankuasa serta membincangkan isu-isu yang berbangkit berdasarkan Minggu Paradigma yang lepas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar Pn. Nurul Atiqah binti Mohamad dan Ketua Jabatan Teknologi Elektrik En. Muhamod Shukor bin Said.

Antara program yang dikenalpasti untuk dilaksanakan dalam Minggu Paradigma pada kali ini ialah Taklimat ARPRM, Ceramah Penyalahgunaan Dadah oleh Agensi Antidadah, Taklimat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Program Qiamulail, Aktiviti Explorace serta Malam Penghayatan Ujian fardhu Ain. Pendaftaran pelajar baru secara online melalui sistem e-kampus juga turut dilaksanakan dalam minggu paradigma pada kali ini. Sesi mesyuarat ini berakhir kira-kira pukul 12.30 tengahhari dengan ucapan terima kasih daripada tuan pengerusi. 

Read 1559 times Last modified on Isnin, 18 June 2018 15:09
 
Find us on Facebook
Follow Us