Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 June 2018 12:07

MPP IKBN SERI ISKANDAR SEMAI AMALAN AGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 7 JUN 2018 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada setiap kali tiba bulan ramadhan.

Penganjuran kali ini telah disertai oleh 15 orang ahli MPP dengan dibantu oleh beberapa kakitangan IKBN Seri Iskandar. Seawal jam 09.00 pagi peserta telah memulakan tugas masing-masing dari proses penyediaan sehinggalah membungkusnya. Ironinya, program ini bukan sahaja menyaksikan keberadaan pelajar kepada masyarakat setempat bahkan ia juga memupuk sifat bersedekah. Hal ini kerana Allah swt mengangkat darjat orang yang bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan.

Tepat jam 4.30 petang, proses pengedaran bubur lambuk ini telah dimulakan dengan mendapat sambutan yang meriah. Dianggarkan sebanyak 50 bekas bubur lambuk telah berjaya diedarkan dalam hanya tempoh 15 minit.

“Sesungguhnya memberi makan orang yang berbuka besar ganjarannya seperti hadith Rasulullah saw. “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun” (Hadith riwayat Tirmidzi).”

Read 4516 times
 
Find us on Facebook
Follow Us