Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 June 2018 12:09

LAWATAN KERJA RASMI YB SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU AHLI PARLIMEN BATU GAJAH KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 07 JUN 2018 – YB Sivakumar A/L Varatharaju Naidu Ahli Parlimen Batu Gajah, Perak telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bersama-sama ahli rombongan pada 7 Jun 2018 jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama. Kehadiran beliau bersama ahli rombongan disambut oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama pegawai dan kakitangan.

 

Sesi taklimat telah diadakan di mana dimulai dengan tayangan video korporat IKBN Seri Iskandar dan disusuli dengan ucapan aluan dari En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar. Selepas itu, para rombongan di bawa melawat setiap makmal dan bengkel yang merangkumi semua jurusan iaitu Jurusan Rangkaian Komputer, Jurusan Multimedia Pengarangan, Jurusan Elektronik Industri, dan Jurusan Elektrik Fasa 1 Dan Jurusan Elektrik –PW2.

Semasa sesi lawatan di setiap makmal dan bengkel YB Sivakumar A/L Varatharaju Naidu bersama ahli rombongan diberikan sesi taklimat setiap jurusan oleh pengajar agar beliau lebih memahami dan mengetahui skop setiap jurusan yang ada di institut ini.

Diakhir lawatan telah diadakan penyampaian cenderahati kepada peserta rombongan sebagai tanda penghargaan dan lawatan beliau yang julung-julung kali ke institut ini.

Read 5240 times
 
Find us on Facebook
Follow Us