Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 June 2018 12:11

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 07 JUN 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) di bawah anjuran Unit Cawangan Pelajar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 7 Jun 2018 jam 05.00 petang di Surau Ibnu Sina. Majlis yang dianjurkan setiap tahun pada bulan ramadhan ini disertai daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Sukan Dan kebajikan Kakitangan (KESKEB).

Majlis ini diadakan adalah bertujuan sempena menyambut bulan ramadhan dengan pembacaan al-quran secara bertadarus yang disertai oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah bersama kakitangan serta para pelajar. Selain itu, majlis ini juga akan membentuk pelajar lebih mencintai al-quran dengan pembacaan dan penghayatan bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi menjadi bacaan setiap hari tanpa mengira hari dan waktu.

Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga IKBN Seri Iskandar bersama para pelajar dan disusuli dengan majlis berbuka puasa di Dewan Makan. Majlis diteruskan dengan solat isyak dan sunat tawarikh berjemaah.

Read 5196 times
 
Find us on Facebook
Follow Us