Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 27 June 2018 17:03

PRODUK INOVASI PELAJAR IKTBNT JALANI KAJIAN PASARAN BERSAMA RISDA

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

TEMERLOH: 27 JUN 2018 bertempat di Pejabat Risda Daerah Temerloh telah diadakan sesi pembentangan produk inovasi Apparatus for Removing Coagulated Rubber (Alat Pencungkil Getah Beku) : Patented IP2017001425 oleh Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh. 

 

 

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk melihat dan mendapatkan kajian pasaran secara dua hala bersama agensi yang terlibat bersama pengguna selain sebagai langkah kesinambungan untuk memasarkan produk di mana ia berketepatan sebagai maklumbalas dan khidmat nasihat bagi membolehkan ruang dan peluang rangkaian untuk mengkomersialkan produk ini yang dilihat sebagai produk inovasi yang mempunyai impak yang tinggi serta bermanfaat kepada masyarakat dan komuniti. Semoga hasil pertemuan dan perbincangan bersama ini akan memberikan kejayaan serta memberi galakan kepada semua pelajar-pelajar IKTBN Temerloh dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang baharu dan berimpak tinggi selain dapat membudayakan inovasi kepada semua warga IKTBN Temerloh. TAHNIAH dan SYABAS kepada pelajar yang telah merekacipta produk ini serta TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini.

Read 1385 times Last modified on Rabu, 27 June 2018 17:11