Kuala Langat, 3 Julai 2018 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan Bengkel Pembuatan Alat Muzik Cempuleng anjuran Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) kerjasama bersama IKBN Kuala Langat telah disempurnakan oleh wakil Exco Badan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Selangor bersama Pengarah IKBN buat julung kalinya di Negeri Selangor.

Bengkel ini telah diadakan bermula 30 Jun 2018 hingga 3 Julai 2018 bertempat di IKBN Kuala Langat. Selain itu, PADAT juga turut mengambil kesempatan mengadakan 3 buah persembahan dengan lagu dialek Jawa dan moden serta mendapat sambutan warga IKBN yang hadir.