Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 17 July 2018 15:33

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITR PERINGKAT IKTBN BACHOK 2018 DISAMBUT MERIAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

HARI RAYA

Bachok 17 Julai 2018 - Aidilfitri terus dirai oleh seluruh warga IKTBN Bachok pada 05 Julai 2018 dengan kehadiran hampir 700 orang terdiri daripada warga pelajar-pelajar, ahli-ahli keluarga pegawai dan kakitangan serta jemputan luar yang turut sama memeriahkan majlis.

Tahniah kepada pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku pihak yang menguruskan majlis dan dibantu oleh pihak jabatan-jabatan kemahiran dalam menjayakan majlis ini. Sambutan pada kali ini cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.

Terdapat beberapa ‘booth’ dibahagikan mengikut jurusan Jabatan dan bahagian masing-masing dengan menyediakan pelbagai juadah yang telah ditetapkan.Majlis sambutan diserikan dengan slot karaoke dan pertandingan "Booth" terbaik yang dinilai oleh wakil-wakil jemputan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 3823 times
 
Find us on Facebook
Follow Us